Monday, May 22, 2017

Bismillaahirrahmaanirrahhiiim

KISAH BENAR 1
      21 Mei 2017 Ahad jam 10.30 malam En. Shahrizal menelefon bertanyakan sama ada homestay masih kosong atau tidak dan beliau beserta keluarga telah berada dihadapan pagar homestay. Lalu makcik bertanyakan bilangan yang akan menginap dan dimaklumkan ada 9 orang. "RM180" kata mak cik dan beliau bersetuju.
      Kunci dihantar.... namun makcik terperasan selimut(comforter) untuk katil kelamin dibilik belakang masih dalam bungkusan walaupun katilnya sudah dipasangkan cadar.
"kira RM1x0 sudahlah encik lagipun sekarang dah lewat malam, encik boleh guna semua kemudahan yang disediakan" maklum makcik dalam talian. Esok en. Shahrizal telefon dan maklumkan mereka akan keluar dan rumah telah dikemaskan. Memang kemas, dalam hati makcik terdetik ramai juga insan baik didunia ini.Terima kasih kerana berpuashati dengan keselesaan dan kemudahan yang disediakan.

KISAH BENAR 2
      20 Mei 2017 Sabtu 6.00 petang ada panggilan bertanyakan kekosongan homestay, macam biasa, makcik bertanya bilangan yang akan menginap. lima orang katanya. Lantas makcik cadangkan,"Kami sediakan dua bilik yang dilengkapi dua katil kelamin dan 3tilam/katil `single` pada kadar RM1x0 saja.
"boleh tak bagi satu bilik dengan dua katil kelamin" balasnya
"(tergelak kecil makcik) elok En. cari bilik hotel kalau gitu"

Pelbagai kisah mengiringi hari-hari yang berlalu. Alhamdulillah bila mendapat komen-komen yang positif, kepuasan dari mereka yang menginap, makcik terus bersemangat. Tambahan pula ada tempahan-tempahan yang berulang dan ada sambungan bilangan hari penginapan.

Terima kasih kepada semua yang memilih Abiuhomestay untuk menginap. Keselesaan anda matlamat kami. Terima kasih jua untuk keluarga dan rakan yang memberi sokongan.

No comments:

Post a Comment