BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIIM
Jom Muslimin Muslimat warga Kepala Batas kita mengimarahkan dan memanfaatkan kehadiran tokok pendakwah yang tidak asing lagi. Ilmunya, pengalamannya dan kerjaamalnya sangat dikagumi. Makcik suka mengikuti kuliahnya atau membaca lontaran buah fikirannya tentang Islam, Sejarah , bangsa Melayu dan isu-isu semasa Palestine dan setempat. Beliau juga seorang pakar undang-undang syari`ah ya. Lebih sedekad lalu, ustaz sudah kami kenali melalui Tanyalah Ustaz TV9, AlKulliah TV3, Blog dan kini FB serta You Tube. Tidak salah memanfaatkan teknologi untuk mencari ilmu kan.
Abiu Homestay juga mengalu-alukan kesudian ustaz menginap disini selama dua malam sepanjang tempoh berada Kepala Batas. Semoga ada keberkatan buat kami yang kerdil ini.
SELAMAT DATANG, AHLAN WASAHLAN USTAZ!